First Online Semester ✨

Antaranya, adalah bagaimana kita nak bahagikan masa antara kita , pelajaran , dan keluarga kita. Ya, belajar dekat rumah ni kita kena seimbangkan semua tu sebenarnya. Jangan pernah mengeluh untuk tolong mak ayah kita bila kita belajar online class dekat rumah ni. Masa inilah, masa yang terbaik untuk kita eratkan lagi hubungan kita dengan keluarga dan mak ayah kita . Sahut panggilan mereka, jangan pernah nak mengeluh atau muak untuk tolong mak ayah kita tau. Mak ayah dah banyak sangat jasa lagi-lagi bila semua anak telah pulang ke rumah.Mak ayah masakkan makanan , siapkan makanan untuk anak-anak . Banyak perkara yang mereka korbankan untuk kita . Moga Allah balas jasa mereka sebesar langit dan bumi ya Allah.
Seterusnya, adalah penyusunan masa terhadap pelajaran , assignment dan rehat . Apa yang aku boleh cakap terutamanya time online class ni adalah, kita semua mesti fokus bila tengah class tu. Stop dan jangan leka untuk main phone , atau jangan takat dengar je kuliah yang lecturer bagi tu. Kalau boleh buat terus note, atau mind map apa yang korang belajar dalam kelas tu. Respond dekat para lecturer kita sekiranya mereka bertanyakan soalan atau kita ada soalan nak tanya, tanya je terus time online class tu tau. Atur masa , senaraikan aktiviti yang kita nak buat dalam seharian tu. Nanti boleh tick mana perkara yang dapat kita laksanakan hari tu.
Okay , nanti aku sambung lagi. Sekarang aku dah pun start untuk sem baru. Doakan aku dan kawan-kawan yang lain untuk terus bersemangat belajar. Jumpa lagi, assalamualaikum!

Comments
Post a Comment