Tips Dropship πŸ›

Bismillahirrahmanirrahim. Baiklah, aku nak cerita sedikit tips untuk dropship. Aku masih lagi baru berjinak-jinak dalam bidang dropship dan sekarang aku baru sahaja bermula sebagai dropship pakaian muslimah. Okay, bagi aku kalau korang inginkan sedikit pendedahan bagaimana perniagaan itu adalah dengan menceburkan diri dalam dropship. Ini kalau yang tak pernah berniagalah digalakkkan cuba dropship ni. Jadi korang akan tau selok belok berniaga tu macam mana.

Apa itu dropship? Okay aku bagi definisi mengikut kefahaman aku.
Dropship ini adalah agent tanpa mengeluarkan modal membeli stok cukup sekadar berniaga dengan pelanggan kita. Senang cerita, dropship ni tolong jual dan promotekan dekat customer. Contohnya, kita dropship and kita jual dekat customer kita dan kita akan dapat komisen atas produk yang telah kita jual tu. Komisen setiap produk adalah berbeza mengikut barang yang diniagakan dan ikut juga komisen yang telahpun ditetapkan oleh syarikat itu sendiri.

Kebiasaannya, majoriti pelajar universitilah yang akan menceburi dropship ini untuk mendapat sedikit duit poket untuk perbelanjaan di universiti ini. Sangat mudah sebenarnya menjadi dropship ini kerana tak perlu bersusah payah keluarkan modal pun untuk berniaga dah dapat komisen. Tapi yang pentingnya dropship ini adalah kita kena berlumba-lumba cari pelanggan. Sebab apa? Kalau kita tak dapat nak jual, tak adalah duit poket (komisen) untuk kita.

1. Sediakan Akaun Media Sosial Extra

Kebiasaannya, para dropship mestilah mengasingkan akaun peribadi dengan akaun bisnes. Ini akan menunjukkan yang kita betul-betul serius terhadap perniagaan dropship kita tu☺️.

2. Susun Feed Insta Kemas dan Cantik

                                                    

Promosi. Ini dikira starategi paling penting sekali untuk menarik pelanggan membeli dengan kitaπŸ€— .  Semua orang berminat dengan benda yang lawa dan kemas πŸ˜†. Cari idea di pinterest pon bolehπŸ‘πŸ».

3. Pastikan Harga Produk Jelas



Bagi aku, better letak terus harga dekat  post ig tu. Tak perlu untuk pelanggan dm(direct message) kat kita.

4. Tambahkan Followers

Banyak cara yang kita boleh meningkatkan bilangan follower. Antaranya, sponsor instafamous or bayar dekat ig atau facebook untuk promote.


5. Rajin Update Insta

Ya! Ini paling penting sekaliπŸ™ŒπŸ». Kenalah selalu update ye. Sama ada update quotes ke , atau update produk yang kita jual tu selalu. Pilih waktu yang bersesuaian untuk post feed . Contohnya, post malam atau petang atau tengah hari. Waktu yang orang suka scroll ig😚.

Baiklah, itu sahja untuk entry kali ni. Jemput comment and ask me for further information. Assalamualaikum!

Comments

Popular Posts