Stay Safe ๐ท
Assalamualaikum kawan-kawan. Lama sudah ye kita tidak ketemu๐. Maafkan saya yang sering tiada masa untuk menulis blog ini.Ceyh sebenarnya tak busy pun ๐คญ memang dah lama tau fikir nak tulis rentang apa. Rindunya semua. Korang macam mana time Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) ni? Masih okay tak tu?๐ Alhamdulillah , nampaknya ramai yang masih tidak putus-putus berdoa untuk kesejahteraan seluruh dunia umumnya, dan khususnya untuk Malaysia tercinta. Harini ini merupakan Fasa ke-3 bagi PKP, mohon semua rakyat Malaysia untuk terus patuh dengan arahan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Nak tau tak? Dalam sedar tak sedar, sebenarnya dalam masa yang sama Bumi kita ni tengah memperbaiki diri dia tau. Mungkin ini juga adalah salah satu hikmah yang Allah turunkan wabak Covid-19. Ada pernah terbaca satu post yang Bumi ni tengah menebalkan dan memperbaiki balik lapisan ozon yang dah bocor dekat Bumi . Subhanallah, terkejut sangat bila tahu tentang perkara ini. Masa PKP jugalah, kita sebenarnya memperkukuhkan lagi hubungan kita sesama keluarga. Ada yang masak lauk tengah hari bersama-sama , buat Dalgona Coffee yang viral tu dengan adik, kakak, abang ๐. Eh mestilah saya tahu ๐ .Benda viral kot tu. Haritu kan, pernah tau cuba nak buat Dalgona Coffee tu, tapi dekat rumah ada Kopi Hang Tuah(Kopi Ayah) ๐. Buat punya buat, gaul punya gaul , yelah pakai tangan je sebab takda mixer, pastu penat dan dia pun tak jadi. Bancuhan tu dia tak jadi macam foam gitu ๐, lepastu tuang terus kat susu . Kacau sikit lepastu rasa. Weh, sedap jugak ! ๐ Alhamdulillah, dan terus minum sampailah habis.
Waktu PKP inilah kita ada banyak sangat masa yang terluang. Setuju tak? Ya, kita boleh tengok movie, boleh main game , boleh tidur lambat, boleh rehat-rehat, bangun lambat . Tapi kan, takkan hari-hari rutin kita tu, buat perkara yang tak bermanfaat sahaja tau. Isi masa lapang tu dengan hobi kita , contohnya melukis ke, baca buku, buat baking, buat assignment kan? Sekurang-kurangnya terisi juga masa kita tu dengan benda yang berfaedah๐ค. Cepat siapkan assignment mana yang ada tu, sesi pembelajaran online pun akan bermula tak lama lagi ๐. Catat kat phone masjng-masing, apa yang korang nak buat hari tu. Barulah teratur kann! Ada kawan pernah cakap quotes ni “If you fail to plan, you plan to fail”. Setuju sangat dengan quotes ni. Oh ya, quotes ni ada dekat buku perhimpunan sekolah menengah aku dulu๐. Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua tau๐๐ป.
Oklah, itu sahaja untuk sharing kalini. Kalau ada suggestion untuk entry blog seterusnya boleh comment okay๐ค. Minta maaf tau kalau bahasa mana yang terkurang ke tersilap ke, maaf tau. Terima kasih sudi baca, nanti baca lagi kay?๐ Jumpa lagi, Assalamualaikum!


Comments
Post a Comment