Syukur


Betapa aku rasa besarnya makna syukur itu setelah kita meneliti setiap apa yang telah kita lalui dan telah diatur jalan yang paling terbaik untuk kita dalam dunia ini. Aku cuba meneliti setiap langkah perjalanan hidup aku dari kecil lagi sehingga kini aku di universiti, banyak perkara yang aku pelajari yang mengajar aku untuk teruskan kehidupan sebagai seorang hamba.

Aku bukanlah insan yang petah dan lantang bersuara, malah bukan juga penulis yang rajin menukil kata, tapi aku hanyalah manusia yang cuba membisik kepada kalian tentang coretan hati aku. Ingin aku kongsikan bahawa pentingnya keberkatan dalam kehidupan kita ini. Kadang, kita mengambil endah tak endah tentang keberkatan ini. Ada yang cuba mengenepikan soal keberkatan itu seolah-olah tiada keberkatan itu tiada perkaitan langsung dengan diri seseorang itu. Malah, mereka juga  memikirkan usaha mereka itu adalah usaha mereka sendiri, dan bukan bantuan daripada yang lain.
Ada yang sampai belajar tengah malam buta sampai terlajak solat subuh. Ada juga yang sanggup belajar 24 jam tanpa hirau solat . Ada yang belajar mengejar pointer semata. Malah, ada yang sanggup melanggar peraturan demi menyenangkan hati sendiri atas alasan tertekan dan sebagainya.

Ingin aku tanyakan sekali lagi, banyak sangatkah yang kita fikir sehinggakan kita selalu beralasan tertekan seolah-olah memikir hal ehwal dunia? Dengan menjadikan alasan untuk kita bebas melanggar peraturan sesuka hati kerana tertekan? Ingat, walau kita rasa begitu banyak masalah yang datang kepada kita, kita masih ada tempat bergantung. Tempat untuk kita luah segala isi hati kita. Selalu aku lebih memendam untuk diri aku, bukanlah memendam semata, tapi aku lebih selesa meluahkan dan menceritakan kepada yang maha memahami kita. Aku pegang dari dulu lagi, kalau aku ada masalah, aku jarang sekali cerita dekat kawan aku, aku lebih selesa bercerita dengan yang Maha Besar, yang mampu memberi solusi atas setiap pertanyaan kita. Memang selalu kita perdengarkan bahawa inginkan apa2 luah sahaja padaNya tapi kita amal bila kita teringat kepada Dia sahaja atau dalam keadaan kita sengsara sahaja. Kadang kita lupa, kita ada doa.Nak tau tak, doa itulah yang menguatkan kita antara hamba dengan pencipta kita. Dengan doa, ada orang boleh rasa gembira. Dengan doa, ada orang boleh rasa tenang. Dengan doa, tangisan secara tiba-tiba boleh bertukar kepada senyuman. Doa bukanlah sekadar kata, tetapi adalah suatu magis yang mampu meleraikan segala permasalahan kita.

Banyak yang aku perasan tentang keberkatan ini adalah melalui pengalaman sekelilingku. Mereka yang patuh dapat yang terbaik, malah mereka yang toleh dapat yang munasabah dengan mereka.
Kadang memang kita tidak nampak keberkatan itu pada waktu itu, tapi ia adalah satu waktu yang kita sendiri tersedar dan membuatkan diri kita rasa bersyukur kita pilih atas jalan yang terbaik dan diredhai. Kita boleh cuba atas diri kita sendiri, cuba tanya diri kita sebelum atau selepas kita melakukan sesuatu adakah Allah redha perbuatan ini? Pertanyaan ini akan menjaga kita dari melakukan perkara yang tidak Allah sukai. Benar , mereka yang sabar akan dapat hadiah yang paling terbaik. Ingat tu. Jangan pernah kita kecil-kecilkan soal keberkatan. Keberkatan ini membawa kesan
yang amat besar terhadap diri kita. Cukuplah aku nukilkan sedikit apa yang aku rasa. Moga memberi manfaat dalam kehidupan kamu sekalian.

Comments

Popular Posts