We felt that shots too.
Sungguh, hati mana sahaja yang tidak sayu mendengarkan berita seramai 40 muslim di New Zealand dikenakan berdas-das tembakan sebelum menunaikan solat Jumaat pada hari yang mulia ini. Kini, sungguh banyak kes tembakan yang begitu menyayat hati tentang kematian insan yang tidak bersalah.
Aku rasa sangat tidak berpuas hati atas tindakan mereka itu. Saat ada antara mereka yang baru sahaja ingin melangkah masuk ke masjid ditembak tanpa belas kasihan. Malah, yang pura-pura mati pun turut dilepaskan tembakan berkali-kali. Lagi aku berasa kecewa, mereka telahpun merancang kejadian ini sejak dua tahun lalu. Mana pergi sikap kemanusiaan dalam diri manusia. Makin lama, makin lunturlah kemanusiaan itu sehingga hilang perkataan itu dalam kamus kehidupan kita. Tidak perlulah aku huraikan lebih atas kes ini, cukuplah kita memperbanyakkan doa buat mereka dan keluarga disana dilindungi dan mendapat hak mereka.
Ayuh kita berterusan menelaah ilmu serta menghulurkan bantuan buat umat Islam yang kini semakin dalam keadaan bahaya yang kini perlahan-lahan menjadi asing. Ayuh tajamkan akalmu, tajamkan penamu, panjangkan doamu.


Comments
Post a Comment